Seorang lelaki maut manakala seorang wanita cedera selepas kereta dipandu mereka dihempap pokok tumbang dalam kejadian berasingan di ibu kota susulan ribut dan hujan lebat petang tadi
Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya dihempap sebatang pokok tumbang di Jalan Batang Kali, Hulu Selangor, dekat sini, petang tadi.
Perkhidmatan KTM Komuter mengalami kelewatan hari ini susulan insiden pokok tumbang akibat hujan lebat dan angin kencang yang melanda ibu kota petang semalam.
Hujan lebat berserta angin kencang petang tadi mengakibatkan kejadian pokok tumbang di beberapa lokasi sekitar ibu kota, sekali gus menyebabkan kesesakan lalu lintas.
Seorang lelaki nyaris maut selepas motosikalnya dihempap pokok tumbang berhampiran Masjid Jamek Nurussaadah dekat Lahar Tabut Penaga, di sini, awal pagi tadi
Sebuah kereta dihempap sebatang pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Paip, Kampung Budiman, malam tadi. Kejadian itu menyebabkan seorang kanak-kanak lelaki mengalami kecederaan ringan manakala ibunya yang juga pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.
Terdapat pokok tumbang yang menghalang jalan raya dan kerja pemotongan dan pengalihan dahan kayu telah selesai dilakukan pihak bomba
Berpantang maut sebelum ajal. Itulah pepatah tepat menggambarkan detik cemas dilalui sepasang suami isteri dan bayi mereka berusia 10 bulan apabila kereta yang dinaiki dihempap sebatang pokok yang tumbang ketika melalui jalan Ipoh–Lumut dekat Seri Iskandar, petang tadi
SHAH ALAM, 25 FEB: EXCO kerajaan tempatan mengesa pihak berkuasa tempatan (PBT) menyelenggara pokok secara berkala dengan lebih kerap.
SHAH ALAM, 24 FEB: Seorang lelaki maut manakala anaknya selamat setelah kereta dinaiki mereka dihempap pokok tumbang susulan hujan lebat dan angin kencang di Kampung Bukit Kuda, Klang dekat sini petang tadi.
KUALA LUMPUR, 16 JAN: Dua beranak cedera selepas kereta dinaiki dihempap pokok tumbang berhampiran bangunan pejabat di Jalan Pudu-Bukit Bintang di sini, pagi tadi.
JERTIH, 27 NOV: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar pokok tumbang di Kampung Apal di sini, pagi tadi.
SHAH ALAM, 23 OKT: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memperuntuk sejumlah RM400,000 untuk menyelesaikan permasalahan pokok berisiko di kawasan pentadbirannya tahun depan.
KUANTAN, 20 OKT: Seorang penjual aiskrim warga Kemboja maut dihempap pokok tumbang ketika sedang menunggang motosikal melalui Jalan Air Terjun Panching di sini semalam.
SHAH ALAM, 15 OKT: Sebuah kenderaan pacuan empat roda rosak dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Bulatan UiTM Seksyen 1, di sini, pagi tadi.
SIK, 14 OKT: Seorang pengawal keselamatan sekolah maut selepas dihempap pokok tumbang ketika sedang menunggang motosikal di Kampung Bandar Hilir di sini petang semalam.
SHAH ALAM, 2 OKT: Hujan lebat petang tadi menyebabkan sebatang pokok tumbang dan menghempap sebuah kereta dalam kejadian berhampiran stesen sistem transit aliran ringan (LRT) Taman Megah, Petaling Jaya.
IPOH, 18 SEPT: Dua cedera parah apabila sebuah kereta dan motosikal dihempap pokok tumbang di Jalan Kamunting berhampiran Taman Glen View dekat Kamunting, hari ini.
KUANTAN, 17 SEPT: Seorang lelaki warga emas maut manakala cucunya cedera apabila dihempap pokok tumbang ketika sedang berkhemah dalam kejadian hujan dan ribut di kawasan perkhemahan Pantai Balok, Beserah di sini petang tadi.
GEORGE TOWN, 17 SEPT: Hampir 200 laporan pokok tumbang direkodkan di seluruh Pulau Pinang sejak Ahad lepas ekoran hujan lebat dan angin kencang yang turut menyebabkan beberapa rumah dan kenderaan rosak di sembilan lokasi di negeri itu.
Media rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini secara sahih dan terpercaya.